Dari satu dimensi diri, bila tinta hati ligat menari-nari, kotak-kotak huruf akan menjadi destinasi, memahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi. Hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena akan terus menari, sehingga nyawa terhenti.

25 Feb 2013

Penjagaan Muka

Hari ni, NY nak cerita mengenai penjagaan muke asas. Apa yang perlu pakai? Apa yang kene pakai dulu? Kenapa nak kene pakai pulak? Macam mana nak pakai? Bila nak pakai?
Banyak beno la soklanye powwwwn..... hurhur.

Penjagaan muke ni, bukan untuk perempuan je taw. Lelaki pown kene taw jugak ! 
(saje boh tande seru..kuikui)

So, tanpa membuang masa... pot pet banyak2 t kene marah pulak...
Ini adalah senarai yang korang kene gunakan mengikut turutan yang betul.

Langkah 1

 Pencuci muka / Facial cleanser

Kenapa kene pakai?

Korang kene la pakai. Jangan guna sabun mandi yang korang biasa guna tu. Tak sama taw PH value die... rosak kulit nanti... NY tak jamin.. >_<
Pencuci muka adalah sangat penting untuk mencuci permukaan muka kita dari segala kekotoran.
Pakailah sehari 2/3 kali ye. Masa mandi pagi, mandi petang, b4 tidoq..zzzzzzzzzzzzzz

Cara nak pakai?
Amek sikit pencuci tu. Picit atas tapak tangan.(kalau kene tuang, tuang la, jangan pulun picit pulak..hihi.)
Saiz duit 5-10 sen dah cukup. Pastu, jadikan buih sabun siket. pastu korang tepek la kt muke chomel korang. Cuci kat seme bahagian secara perlahan( jangan di tonyoh muke tu)
Buat bulatan dari dagu ke pipi naik ke dahi. Tujuan putaran ke atas tu bagi tegangkan muka. Kalau kebawah tu, bukan nak bagi tegang, tapi nak bagi cepat kedut. Pastu bilas ngan air. Dan lap dengan tuala bersih.

Langkah 2

Toner
Kenapa kene pakai?
Kita kene la pakai toner lepas cuci muka. Tujuannya untuk membuang baki-baki sabun yang ada kat kulit kita sebab air shj tak dapat membuangnya. And also, membantu untuk mengecilkan pora-pora dipermukaan kulit kita.

SILALAH pakai setiap kali lepas cuci muka.....
Kuningnye gigi die !
Cara nak pakai?
Amek toner. Picitkan @ tuangkan ke kapas muka. Pastu sapu kat keseluruhan muka kita. Cara sapuan, dari bawah ke atas untuk menegangkan kulit. ok.

Langkah 3

Pelembab/ Moisturiser

Kenapa kene pakai?

Moisturiser adalah teramat penting.
Ulang suara. TERAMAT PENTING.
hahaha......
sebab sekarang ni, cuaca tak menentu... sat sat panas.. sat sat ujan..
Cemuih la !
tak kire kulit berminyak ke tak ke... kene jugak pakai pelembab muka.
kalau muke berminyak, cari pelembab yg FREE OIL. kalau tak kan, nanti kulit korang akan jadi lebih berminyak...

Cara nak pakai?
Amek sikit pelembab. Buatkan dot dot di atas permukaan muka kita. Then ratakan dengan tangan. Urutan macam biasa, dari bawah ke atas. ye ye.

SCRUB

Scrub ni bile korang pakai, korang akan rase bijik2 pasir gitu. 1 kali seminggu @ 2 kali seminggu tu korang kene la pakai scrub untuk buang sel kulit mati. Bila kita rajin pakai scrub, ada banyak kebaikannya. Antaranya membuang whithead dan blackhead.

Cara nak pakai?
Scrub ni boleh dipakai b4 cuci muka. tak payah pakai pencuci muka dulu. basahkan muka sikek. make sure beli scrub yg sesuai ok.
pastu, picit kan kat tapak tangan @ buat dot dot kt muka, then ratakan la... gosok dan gosok.. bentuk gosokan, macam biase dari bawah ke atas.


Haa... tula 3 langkas penjagaan muka asas............

No comments:

Post a Comment