Dari satu dimensi diri, bila tinta hati ligat menari-nari, kotak-kotak huruf akan menjadi destinasi, memahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi. Hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena akan terus menari, sehingga nyawa terhenti.

2 Sept 2012

Jadual Harian Seorang Muslim @ Muslimah

Masa lebih teratur dengan Waktu Solat.
Semoga kita sentiasa mengingati ALLAH S.W.T dan menjadikan kurangnya MALAS sbg ALASAN.
InsyaALLAH....amin....
4.00 pagi - bangun
berdoa kpd ALLAH :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan AKU dan kepadaNYA aku akan dikembalikan."
berniatlah utk melaksakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
mandi dan membersihkan diri, mengambil wudhu dan memakai pakai bersih utk beribadah.

4.30 pagi - solat sunat
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH taala.
rakaat pertama : selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
rakaat kedua : selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Solat Sunat Taubat
Niatnya : sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH taala.

rakaat pertama : selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
rakaat kedua : selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH taala.
rakaat pertama : selepas Al-Fatihah baca ayatul kursi 1x.
rakaat kedua : selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas 11x.

Ketika sujud terakhir baca tasbih 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat2 kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

p/s : pada hujung minggu @ sbulan skali bolah larh dilakukan Solat Tasbih.

5.50 pagi - Solat Subuh

7.00 pagi - bersiap ke kuliah
Bersiap untuk keluliah. Melangkah ke kelas dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. 
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. 
Banyakkan istigfar/meminta ampun.

Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 - pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

1.30 tgh - Solat Zuhur

4.15 ptg - Solat Asar

5.30 ptg - Beriadah

7.00 ptg Makan Malam
Setelah selesai makan, Solat maghrib

8.00 mlm - Solat Isya'
Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..

10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

**Jadual ini hanya sekadar panduan, masa boleh diubah mengikut 
kesesuaian aktiviti harian masing-masing.
__________________________________________________________________________________
>>indahnya seandainya diri ini dapat mengikuti jadual ini...yang pentingnya istiqamah...selalunya memula tu semangat...pastu balik pada yang basic2...ruginya la..subhanallah...moga dipermudahkan Allah hendaknya..

No comments:

Post a Comment