Dari satu dimensi diri, bila tinta hati ligat menari-nari, kotak-kotak huruf akan menjadi destinasi, memahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi. Hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena akan terus menari, sehingga nyawa terhenti.

21 Jan 2013

Tips Hilang stress : Dengar Suara UMMI

Dari dulu lagi, Ibu yang menjaga kita.
Menyusukan kita.
Menyuap kita makan.
Memujuk kita.

Masa kecil dulu, orang pertama yang kita cari bila kita sakit ialah Ibu.
bila kita gembira pown, kite cari Ibu.

Banyak dah kajian mendapati suara Ibu kita dapat memberikan ketenangan, dengan izin ALLAH.
[bukan main2 buat entry je ok, de KAJIAN]

Suara mereka menyebabkan tubuh kita mengeluarkan hormone yang oxytocin yang akan
mengurangkan stress dan kita merasa tenang.

Suara mereka juga akan menyebabkan hormone cortisol yang mempercepatkan degupan jantung dan meninggikan tekanan darah menjadi kurang.

Oleh itu jika kita STRESS....
[saje merahkan !]
telefon lah ibu kita.
Mereka selalu mengalu-alukan anak-anak menelefon mereka.
Jika menghadapi tekanan besar sangat....
balik la kampung...
Minta mereka doakan untuk kesejahteraan kita.

Ahli saintis mendapati bukan isi perbualan yang memberi ketenangan.
Tetapi Intonasi dan sifat suara mereka, sama ada serak, halus atau sebagainya yang menyebabkan kita merasakan nikmat, mendapat kelegaan dan ketenangan.

Kenikmatan ini TAK AKAN dapat jika kita menulis surat, menaip sms @ menulis email.

Jadi, jika kita STRESSSSSSSSSSS
telefon la Ibu...
[ buat - buat tanya khabar ; janji dapat dengar suare]

Dengan izin ALLAH... perasaan stress akan berkurangan.... !

ummi, along tension...TT__TT

No comments:

Post a Comment