Dari satu dimensi diri, bila tinta hati ligat menari-nari, kotak-kotak huruf akan menjadi destinasi, memahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi. Hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena akan terus menari, sehingga nyawa terhenti.

2 Feb 2013

Spaghetti

Jom main masak-masak  lagi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... Kali ni NY nak share resepi cara nak buat 
spagetthi daging cara mudah dan ringkas .

First, resepi ni NY blaja dari kawan NY, Nina Shaharuddin.
Nina ni, memang suke masak .... sedap lak tu ...
Resepi ni sesuai untuk satu family bajet dalam 6-8 orang.
Sesekali kan, cuba la pulak masak western untuk famili. Nak memasak ni, xde la susah mane sebenarnya, cume kene rajin cuba dan cuba lagi .. first attempt mungkin xsedap, masin la ape la ....
tapi, sedia trima kritikan dan cuba lagi!

Cara - cara (anggaran 5 orang): 

1. Rebus spagetthi dan toskan. Ketepikan. [ikut la nk gune brand ape pown].

2. Tumis hingga naik bau:
          - 2 ulas  bawang putih [dihiris].

3. Masukkan & goreng sehingga masak:
          - 1 bungkus daging kisar

4.  Masukkan & kacau sehingga masak :
          - 1 tin cendawan butang [tos dan buang air]
          - 2 biji bawang holland [dimayang].

5.  Masukkan, kacau sebati hingga menggelegak :
          - 1 botol besar sos prego. [kalau nk gune yg lain pown ok je]

6.  Masukkan:
          - secukup garam.
          -  sedikit air.. tapi kalau nak pekat lagi, boleh tambah sos cili  @ Tomato ye.

7. Tutup kuali seketika. SIAP !!

8. Bersedia untuk dihidangkan dan dimakan bersama spagetthi yang direbus tadi. Selamat Mencuba!  

No comments:

Post a Comment