Dari satu dimensi diri, bila tinta hati ligat menari-nari, kotak-kotak huruf akan menjadi destinasi, memahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi. Hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena akan terus menari, sehingga nyawa terhenti.

2 Feb 2013

Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? 
Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? 
Ish ... tak baik cakap macam gitu tau ​​kawan-kawan. 
Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? 
Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik atau pun jadi si telur rebus ..... 

Telur separuh masak bermaksud telur yang tidak masak sepenuhnya dan sifat fizikalnya dalam keadaan cecair dan pepejal. 
Rasa da macam blog berilmiah sebab mampu bagi definisi telur separuh masak. 
Ha ha ha [opss over lak gelak]

Tapi, kali ni ..... NY nak membebel sal cara traditional untuk buat telur separuh masak.
Act ... banyak dah alatan untuk hasilkan telur separuh masak zaman ni.


Cara - Cara: 

1. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur. 

2. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.

3. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. 

4. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk. 

5. Lepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur. Jari kite manje OK. 

6. Sedia untuk dimakan bersama kicap @ lada sulah (nyam-nyam!)

2 comments:

  1. Guna je alat rebus telur cam kat kedai tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2... sya br guna alat tu...
      memang jadi... Sedaaaaaaapp !

      Delete